Tuesday 13 November 2012

KANAK-KANAK 5 TAHUN PUNCA HELIKOPTER TERHEMPAS

Posted by Unknown | 19:38 Categories:

Kanak Kanak 5 Tahun Punca Helikopter Terhempas
Kanak-Kanak 5 Tahun Punca Helikopter Terhempas - Amerika Syarikat : Tindakan seorang bapa yang membenarkan anak perempuannya yang berusia lima tahun duduk di atas ribanya ketika dia berada di sebelah tempat duduk juruterbang, dikenal pasti sebagai punca helikopter berkenaan terhempas pada 2010.
Dalam kemalangan berkenaan, Thomas J. Stewart, 64, yang juga seorang jutawan telah meriba anaknya itu, Syney ketika dalam penerbangan dari utara Arizona ke Scottsdale.
Sydney dipercayai telah menendang alat kawalan helikopter berkenaan, sekali gus menyebabkan kemalangan itu.
Nahas berkenaan bukan sahaja mengorbankan Thomas, malah Sydney bersama ibunya, Madena bersama dua yang lain termasuk juruterbang helikopter itu terkorban.
Menurut Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaa (NTSB, selepas Sydney menolak alat kawalan helikopter itu, juruterbang berkenaan cuba mengawal semula helikopter berkenaan.
“Namun helikopter itu hilang kawalan menyebabkan ia terhempas di sebuah kawasan, hingga membunuh semua orang di dalam helikopter itu,’’ kata NTSB dalam laporannya yang dikeluarkan selepas dua tahun kemalangan itu berlaku.
Bagaimanapun laporan itu dicabar oleh keluarga juruterbang terbabit yang menyifatkan masalah pada bahagian kipas merupakan faktor kepada kemalangan itu berlaku.
NTSB tidak menemui bukti yang menjurus kepada faktor bahagian kipas tersebut.dan turut meletakkan kesalahan ke atas juruterbang terbabit kerana gagal mengawal keadaan.
Sebagai contoh, Thomas dikesan suka menerbangkan helikopter biarpun dia tidak mempunyai lesen untuk berbuat demikian.
Thomas menyertai syarikat bapanya dalam bidang pelabuhan pada 1960-an namun beralih kepada industri pengedaran makanan dan insuran.
Dia kemudiannya berpindah ke Arizona pada 2006.
Syarikatnya mencatatkan jualan tahunan melebihi $2.5 bilion dan mempunyai 4,000 pekerja. – MyNewsHu

0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube