Saturday 10 November 2012

Panas : Leuniey Bercinta Dengan Apex (4 Gambar)

Posted by Unknown | 04:42 Categories:




Mereka berdua telah memuat naik gambar yang sama di profil Instagram masing-masing dengan menggunakan ‘caption’ yang sama juga iaitu ‘US’. Berbeza dengan hubungan yang sebelum ini, sekiranya di tanya oleh pelbagai pihak, Apex atau ‘pasangannya’ akan mendiamkan diri tanpa sebarang maklum balas.


Namun, menerusi Metro Ahad, semalam, Leuniey tampil memberikan penjelasan mengenai status hubungan mereka berdua dan gambar yang dimuat naik.




Kata Leuniey, dia dan Apex sekarang ini bukanlah hanya berkawan biasa sahaja. Mereka berdua hakikatnya sedang mengenali peribadi diri masing-masing dengan lebih mendalam lagi.


Malah, Leuniey juga berharap agar semua pihak menghentikan cerita palsu yang mengatakan mereka berdua sudah pun bertunang.






“Bagaimanapun saya akui kini kami dalam fasa mengenali antara satu sama lain. Selepas ini saya harap tidak timbul lagi gosip tidak benar seperti kami kononnya sudah bertunang.


“Yang penting, kami kini bukan sekadar kawan biasa. Saya tahu gambar saya dan Apek dipaparkan di sebuah blog. Saya rasa itu perkara biasa. Ia sekadar gambar,” kata Leuniey.

0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube