Saturday 10 November 2012

LANA NORDIN TAYANG KEKASIH MAT SALEH

Posted by Unknown | 02:14 Categories:



Lana Nordin Tayang Kekasih Mat Saleh


Lana Nordin Tayang Kekasih Mat Saleh - KUALA LUMPUR : Baru saja pagi tadi kontorversi yang mengatakan pelakon, Lana Nordin tidak kisah jika imejnya yang menampakkan buah dada dieksplotasi melanda, kini timbul pula cerita baru.
Terbaru, Lana, 33, mengakui sudah membawa kekasihnya, Parvel yang berasal dari Republik Czeh berjumpa dengan keluarganya Ramadhan lalu.
Menurut Murai.com, dia membawa kekasihnya yang berusia 24 tahun yang mempunyai adat dan agama yang berbeza itu untuk memperkenalkannya kepada keluarganya.
“Saya hanya membawanya berjumpa dengan keluarga saya supaya dia dan keluarga saya saling mengenali dan ternyata dia (Pervel) diterima baik oleh kedua ibu bapa saya.
“Saya bawa dia ketika kami hendak berbuka puasa bersama di rumah.
“Saya sengaja berbuat demikian kerana mahu mendedahkan dia kepada agama dan adat kami yang sudah tentu berbeza dengannya,” katanya yang dipetik dari Murai.com, di sini, hari ini.
Sebelum ini Lana pernah menggelak untuk menjelaskan hubungannya bersama jejaka itu.
Tetapi kini dia mengambil jalan sebaliknya dengan bercerita secara terbuka mengenai Parvel.
Mengulas lanjut mengenai hubungan istimewannya, Lana memberitahu dia belum mempunyai apa-apa perancangan bersama jejeka itu.
“Terus-terang saya tidak terfikir lagi hendak berkahwin buat masa sekarang, dai pun sibuk dengan kerjaya modelingnya di Manila.
“Walaupun terpisah jauh, kami masih berhubung melalui Skype,” katanya.
Lana turut menambah, jika tiada aral melintang dia kan ke Republik Czech untuk bertemu keluarga Parvel. – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube