Friday 9 November 2012

SERIUS OBAMA PUN BUAT TARIAN GANGNAM STYLE

Posted by Unknown | 03:29 Categories:


obama gangnam style
Meneruskan tugasnya sebagai Presiden Amerika Syarikat untuk tempoh empat tahun akan datang selepas berjaya memenangi pilihanraya yang baru sahaja diadakan, kehidupan Barack Obama bukan hanya dipenuhi dengan hal ehwal politik, malah dia turut peka terhadap budaya pop.

Selain meminati rancangan bersiri "Star Trek", Obama juga menyukai muzik hip-hop dan turut mengikuti perkembangan terkini program realiti "American Idol", dimana beliau turut memberi pendapatnya mengenai perbalahan yang berlaku di antara juri Mariah Carey dan Nicki Minaj. 

Baru-baru ini, dalam sebuah temubual menerusi saluran radio WZID-FM di New Hampshire, Presiden Amerika Syarikat yang ke-44 ini ditanya tentang sensasi "Gangnam Style" nyanyian Psy yang menjadi kegilaan ramai dengan jumlah tontonan video di YouTube yang melebihi 660 juta.

obama gangnam style




"Saya baru sahaja menonton video itu buat pertama kali," ujar beliau, seperti dipetik dari Rolling Stone. 

"Saya rasa saya pun boleh buat tarian itu. Tapi saya tak pasti sama ada ianya sesuai dibuat di majlis perasmian nanti. 

"Mungkin saya akan buat secara peribadi di hadapan Michelle (isteri)," ujarnya lagi.

0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube