Monday, 12 November 2012

BERSALAH TAPI TAK DIPENJARA KERANA TERLALU GEMUK

Posted by Unknown | 19:40 Categories:



Bersalah Tapi Tak Dipenjara Kerana Terlalu Gemuk
Bersalah Tapi Tak Dipenjara Kerana Terlalu Gemuk - SANDFORD (Florida) : Seorang lelaki didapati bersalah menipu pengurusan restoran tapi tidak dijatuhkan hukuman penjara kerana terlalu gemuk.
George Jolicur (gambar) yang memiliki berat badan 273 kilogram dilapor memesan makanan yang banyak dan akan makan hampir keseluruhan makanan itu sebelum mengadu kepada pengurusan restoran makanan itu tidak elok dan memulangkannya saki-baki yang tinggal.
Jolicur kemudian membantah untuk membayar makanan itu.
Dia dilapor pernah memperdaya pengurusan restoran dan minum lima gelas besar susu.
Tetapi selepas menghabiskannya, dia mendakwa susu itu sudah basi.
Jolicur, 38, akhirnya ditahan selepas makan makanan bernilai hampir £30 (RM147) sebelum memulangkan sejumlah kecil makanan. Pemilik kedai membuat laporan polis.
Jolicur dari Sandford, Florida, bagaimanapun tidak dihukum penjara kerana dia terlalu gemuk dan kos perubatannya di penjara terlalu tinggi.
Pada masa ini, Jolicur hanya terbaring di rumah dan tidak menghadiri sesi perbicaraan ketika hakim mengumumkan keputusan.
Pendakwa raya menawarkan tidak akan memenjarakan Jolicur jika dia mengaku bersalah.
Peguam Jolicur menerima tawaran dan Jolicur hanya didenda £800 (RM3,947). “Dia sudah terpenjara. Jolicur tidak akan bangun dari katilnya,” kata pendakwa raya Kyan Ware. – paapaada.blogspot

0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube