Seorang guru muzik dari negara China, muncul juara pertandingan Miss World 2012 yang diadakan di Ordos, bandar perlombongan di gurun Gobi, China semalam.
Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Miss Wales, Sophie Moulds dan Miss Australia, Jessica Kahawaty. Seramai 116 peserta menyertai pertandingan tahunan ini.
Siaran langsung pertandingan akhir edisi ke-62 ini dikatakan ditonton oleh satu billion orang menerusi televisyen. Pemenang dipilih daripada 7 peserta yang layak ke peringkat akhir iaitu China, Jamaica, Sudan Selatan, India, Australia, Brazil dan Wales. Bersama 7 peserta akhir ini turut mengiringi mereka pada separuh akhir terdiri daripada wakil Mexico, England, Sepanyol, Filipina, Amerika Syarikat, Belanda, Indonesia dan Kenya.
0 comments:
Post a Comment