Petang yang sepatutnya menjadi hari yang ceria bagi keluarga ini, berakhir tragedi…
Dan kemalangan yang berlaku ini benar-benar meruntun hati sesiapa yang melihat dan berada di tempat kejadian.
Dengan sekelip mata, anak yang baru berusia 3 tahun setengah, maut di hadapan mata bapanya setelah digilis kereta yang dipandu ibu kanak-kanak malang terbabit.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang di Jalan 25/70A, Sri Hartamas, Kuala Lumpur.
Tiga sekeluarga ini baru sahaja tiba di sini untuk menikmati makan tengahari di sebuah restoran.
Suami, Eugene Chong dan anaknya, Isabel Chong, baru sahaja keluar dari kereta.
Kedua-duanya kemudian bediri di belakang kereta.
Isteri Eugene, Tan Lih Ying, yang membawa kereta, kemudian cuba membetulkan kedudukan keretanya di ruang tempat letak kereta.
Bagaimanapun, wanita terbabit dipercayai tersilap ketika memasukkan gear menyebabkan kereta Proton Wira Aeroback ini tiba-tiba meluncur laju mengundur.
Akibatnya, Isabel yang berdiri betul-betul di belakang kereta, terus dirempuh dan digilis tayar belakang dan terhimpit di bawah tayar hadapan.
Kereta terhenti setelah belakangnya terlanggar sebatang pokok hiasan.
Semuanya berlaku dengan pantas
.
Isabel yang cedera parah di kepala, ditemui di bawah tayar hadapan yang tersangkut pada tebing tempat leatak kereta
Orangramai yang terkejut dengan kejadian itu, segera memberikan bantuan dan beramai-ramai mengangkat kereta bagi mengeluarkan Isabelle yang berlumuran darah.
Sebuah ambulan dari Emergency Resources Managements yang kebetulan beribupejabat tidak jauh dari tempat kejadian, tiba bersama tiga anggota perubatan beberapa minit kemudian.
Bagaimanapun, Isabel telahpun meninggal dunia akibat kecederaan teruk di kepala.
Dan sepanjang selepas kejadian sehinggalah pegawai penyiasat trafik tiba di tempat kejadian, Tan tidak henti-henti menangis, meraung dan meratap sambil memeluk mayat anaknya.
Suaminya termasuk beberapa orangramai, terpaksa mententeramkan Tan yang tidak dapat mengawal perasaannya.
Dan, akhirnya, apabila pegawai penyiasat trafik tiba, Tan sendiri yang mengangkat mayat anaknya ke atas pengusung.
Mayat Isabel di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah
0 comments:
Post a Comment