Sunday, 11 November 2012




Selepas drama percintaan yang tidak kesampaian dengan Aliff Aziz, nampaknya kekosongan hati aktress ini sudah pun terisi selepas sah bergelar tunangan orang.

Menurut laporan Berita Harian, hari ini Anne Ngasri sah bergelar tunangan kepada seorang ahli politik berstatus duda yang identiti’nya masih di”rahsiakan.

“Bagaimanapun, majlis pertunangan ini diadakan membabitkan ahli keluarga kami sahaja — cukuplah orang tahu, saya sudah bergelar tunangan orang,” ujar Anne Ngasri.

“Kalau tiada aral, Disember 2012 ini menjadi pilihan kami untuk nikah,” tambah beliau yang bertunang di kediaman keluarga Anne Ngasri di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

“Dia betul betul ikhlas mengenali saya, keluarga pun suka dan kami sedang merencana ke peringkat seterusnya iaitu untuk mendirikan rumahtangga bersama sama”

“Dia bukan suami orang & paling penting keluarga merestui hubungan ini,” ujar beliau lagi. Tahniah buat Anne Ngasri juga pasangan, semoga berbahagia hendaknya. Heh.

Sumber

Gambar Sekitar Pertunangan Anne Ngasri

Tahniah dari kami kepada Anne Ngasri kerana selamat menjadi tunangan orang pada hari ini. Gambar yang dikirimkan kepada kami melalui email. Kami pun tidak pasti siapa pengirim email ini sebenarnya kerana tidak memberikan butiran lanjut sekdar menghantar beberapa keping gambar seperti dibawah.

0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube