Ketika seorang gadis telah memasuki usia 15 tahun, maka orang tua mereka akan mendirikan sebuah “Pondok Cinta” untuk menghabiskan malam dengan remaja lelaki lain dari komuniti mereka. Itulah sebuah tradisi khusus Suku Kreung di Kemboja.
Suku Kreung adalah suku terpencil bertapak di timur laut Kemboja yang sangat terbuka dalam soal berkaitanhubungan seks. Ketika seorang gadis mencapai pertengahan remaja, orang tuanya akan mendirikan sebuah pondok kecil dan menyuruh anaknya menghabiskan malam dengan mana-mana remaja lelaki yang disukainya, sehinggalah bertemu cinta sejati dan seterusnya melangsungkan perkahwinan.
Suku ini percaya bahawa ini adalah cara terbaik untuk mencari calon suami yang sesuai bagi anak gadis mereka. Mereka juga percaya melalui kaedah ini, hubungan akan bertahan lama dan penuh dengan kasih sayang. Gadis Kreung amat peka tentang seks, mereka tahu bagaimana cara menghadapi lelaki. Mereka tahu apa yang mereka mahukan ketika menjalin hubungan dengan lelaki.
Begitulah cara bagaimana suku Kreung menangani remaja perempuan mereka. Menurut mereke, di zaman modem ini di mana penceraian dan pemerkosaan berleluasa dalam masyarakat, suku Kreung tidak pernah mengalami masalah tersebut dalam komuniti mereka. Kini di wilayah ini, kesedaran tentang seks yang selamat tersebar luas, iaitu dengan penggunaan kondom.
Nang Chan adalah seorang gadis remaja berusia 17 tahun dan sekarang tinggal di “Pondok Cinta” di halaman belakang rumah orang tuanya. Mari kita lihat pandangan gadis ini tentang pondok cintanya:
“Ketika ada remaja lelaki datang untuk bermalam dengan saya, jika saya tidak mahu mereka menyantuh saya, meraka tidak akan lakukan sama sekali. Kami hanya berbual-bual dan tidur sahaja. Tapi, jika saya bertemu dengan lelaki lain dan kami berdua saling mencintai, maka saya akan lakukan “hubungan intim” dengannya di pondok saya.
Tetapi, jika saya berhenti mencintainya dan bertemu dengan remaja lelaki lain yang lebih menarik, saya akan berhenti melakukan hungan seks dengan teman saya. Saya berpindah ke pondok ini ketika berusia 15 tahun, pada masa itu saya memiliki empat teman lelaki.
“Saya tidak pasti berapa ramai remaja lelaki yang datang bermalam di pondok saya. Mungkin dalam dua atau tiga orang buat masa ini. Saya rasa tidak ada kemestian dalam melakukan hubungan seks lelaki hanya kerana mereka tidur di samping saya. Kami perempuan sangat menitikberatkan cinta sejati sebelum sesuatu hubungan intim terjadi.
“Saya risau tentang kehamilan. Tetapi orang tua kami telah menerangkan dengan jelas bagaimana untuk menghindari kehamilan dan melakukan seks dengan lelaki yang benar-benar kami cintai. Jika ada seorang gadis yang hamil dengan lelaki yang tidak mencintainya, tetapi jika ada lelaki lain yang mencintai gadis itu, jadi lelaki tersebut akan berkahwin dengannya dan mengambil bayi yang dilahirkan sebagai anak sendiri”.
0 comments:
Post a Comment