Tuesday 6 November 2012

WAHEEDA BAKAL KEMBALI KE DALAM DUNIA HIBURAN

Posted by Unknown | 05:35 Categories:


Waheeda Bakal Kembali Ke Dalam Dunia Hiburan
Waheeda Bakal Kembali Ke Dalam Dunia Hiburan - KUALA LUMPUR : Penyanyi yang popular dengan lagu Wasinni, Waheeda bakal kembali aktif di dalam dunia seni selepas mendapat izin daripada suaminya, Akhil Hayy.
Namun, Waheeda bukannya kembali sebagai penyanyi, sebaliknya sebagai komposer dan pencipta lirik.
Dalam temubual bersama portal Murai.com, suaminya, Akhil berkata, penglibatan isterinya dalam bidang itu lebih menjurus kepada aktiviti belakang tabir.
“Isteri saya bukannya bakal menyanyi semula. Dia hanya mencipta lagu dan membuat lirik saja.
“Dia telah pun memberikan dua buah lagu kepada saya hasil ciptaan sepenuhnya untuk album terbaru saya.
“Lagu yang pertama berjudul Irfizunubi dan lagi kedua Subhanakh,” katanya.
Tambahnya, sebagai suami, dia tidak sampai hati membiarkan Waheeda duduk di rumah tanpa melakukan sebarang aktivit apatah lagi menyekat minatnya dalam bidang muzik.
“Takkanlah saya nak biarkan Waheeda duduk diam saja.
“Kebetulan, kedua-dua lagu ini telah disimpan lama. Dia teringin juga lagunya dinyanyikan oleh orang lain.
“Jadi, saya fikir kenapa tidak berikan dia peluang seperti itu,” ujarnya. – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube