Firma telekomunikasi Mexico yang menggunakan nama iFone diisytiharkan menang dalam saman jenama hak dagangannya terhadap iPhone dengan firma gergasi Amerika Syarikat (AS), iPhone berdepan dengan pembayaran ganti rugi yang besar.
Firma Mexico itu dalam kenyataannya semalam berkata, mahkamah menafikan usaha Apple untuk melindungi jenama iPone dalam pertikaian yang bermula pada 2009 apabila iFone menyaman syarikat berpangkalan di California itu kerana menggunakan sama yang seakan-akan sama mengakibatkan kekeliruan.
Apple memperkenalkan iPhone ke dalam pasaran Mexico pada 2007, empat tahun selepas syarikat perkhidmatan telekomunikasi dan sistem itu mendaftarkan nama iFone.
“Ini kali ketika Apple kalah dan ini menjelaskan kebenaran undang-undang: iFone mempunyai hak sepenuhnya untuk mengguna dan melindungi jenamanya,” kata kenyataan itu.
Peguam yang mewakili iFone, Eduardo Gallart, dipetik oleh akhbar Milenio Sabtu lalu sebagai berkata, bahawa Apple perlu membayar sejumlah ganti rugi kepada firma Mexico itu kerana menggunakan nama iPhone.
Jumlah ganti rugi itu bagaimanapun belum diputuskan mahkamah.
0 comments:
Post a Comment